Wednesday, November 16, 2011

WAHAI SEORANG wanita DUNIA


 Dengan namaMU Yang MAHA Pemurah lagi MAHA Penyayang
Sudah berzaman lamanya  TAK MENULIS, kaku mungkin jari NI atau mungkin lesu sudah iman di hati.ASTAGHFIRULLAH.

Wahai seorang wanita dunia,
Mengapa kau hanya menunduk sahaja,
Kau begitu menjaga pandanganmu dari segala lelaki dunia,
Dari segala pengaruhnya kenikmatan dunia,
Membuat...
Wajahmu begitu sangat meneduhkan,
Walau hanya bersolek sederhana,
Ibarat bidadari turun dari langit,
Yang wajahnya memancarkan ketenangan dalam hati,
Memenuhi perasaan dan segala jiwa,
Itulah mengapa mata ini pun tidak sanggup,
Menatap untuk kedua kalinya pada wajahmu,
Mata ini hanya boleh menunduk pasrah,
Menahan serangan asmara.

Wahai seorang wanita dunia,
Pakaianmu begitu rapi Islami,
Menutupi longgar seluruh tubuhmu,
Membuat anggunnya dirimu,
Diri ini pun tidak boleh lama mendekatimu,
Diri ini bergetar, gelisah, dan khuwatir,
Kerana diri ini pun terlalu hina untuk dekat denganmu,
Dengan kesempurnaan terjaganya dirimu.

Wahai seorang wanita dunia,
Suaramu menggambarkan bijaksananya dirimu,
Sehingga aku tidak sanggup mendengar suaramu,
Suaramu yang kau lafaz dengan mendayunya dirimu,
Pada semua orang di sekelilingmu,
Membuat aku begitu cemburunya padamu,
Kerana bagiku suaramu,
Hanyalah untuk sesuatu yang mahal,
Iaitu sebuah kebijaksanaan dan kebermanfaatan,
Menghilangkan duka pada fikiran semua orang.

Wahai seorang wanita dunia,
Tingkahmu begitu santunnya segala kesopanan,
Memenuhi segala akhlakmu dalam kemuliaan,
Membuat dirimu yang  penuh kelembutan,
Tetapi memancarkan segala bentuk kewibawaan,
Membuat sikap ini pada dirimu begitu segan,
Malu dan begitu enggan,
Kerana tingkahku masih banyak kesalahan.

Wahai seorang wanita dunia,
Cinta di hatimu sangatlah suci,
Kerana cinta di hatimu hanyalah kerana Ilahi,
Membuat hati ini hanya bisa berharap dan berdoa,
Mampu engkau cintai kerana-Nya,
Dan menjadi pendamping serta imammu dalam meniti jalan-Nya,
Hingga Syurga-Nya,
Maka akan aku jaga cinta ini hingga tiba saatnya,
Sambil selalu memperbaiki diriku dalam kemulian-Nya,
Kerana semua sudah termaktub dalam firman-Nya,
Bahawa wanita yang baik hanya untuk seorang lelaki yang baik adanya.

Wahai seorang wanita dunia,
Aku mohon jagalah dirimu,
Itulah mengapa kau dipandang berbeza,
Kerana kau sangat berharga.
BEGITU MUDAH HATI ITU berbolak-balik.ALLAH, peganglah hati kami.

Wahai seorang wanita dunia,
Yang membuat iri bidadari semuanya,
Walau seorang wanita dunia,
Engkaulah sang ratu bidadari Syurga.

Wednesday, May 4, 2011

terJATUH lagi

astaghfirullah..

aku ter JATUH lagi

walau puas sudah ku cuba HATI-HATI

tapi masih ku tak upaya MENYUSUN langkah ini

mungkin aku saja yang  tak RETI- RETI

sudah dipesan  JANGAN dekati jurang itu lagi 

APATAH LAGI untuk melalui walau sekali


   TAPI...

   aku degil IKUT kepala sendiri

bukan ku tak TAHU bahaya yang menanti

oh Allah, sukarnya untukku MELALUI jalan itu tanpaMU.. 

bimbinglah kami sebelum tibanya hari pasti

kerana aku YAKIN...

aku, dia , kamu dan mereka

pasti tidak mahu MENYESAL saat amal dipertonton di HARI SAKSI 


++..seseorang mukmin sejati itu tak akan jatuh dalam lubang ular dua kali.. ++


-renungan bersama-

Friday, March 25, 2011

entah KENAPA

hari-hari yang dilalu semakin resah

tapi  kenapa masih buat tak kesah

makin diasah makin bermasalah

makin dibalut  makin bernanah

makin diubat makin berdarah

buat dosa langsung tak rasa bersalah 

esok kami mati esoklah kami beribadah

esok kami periksa esoklah kami menelaah

walau apapun kami tetap jawab entah


++ ya ALLAH, pilihlah kami untuk ikhlas  menerima 'bunga api' tarbiah dariMU++ 

Sunday, March 13, 2011

dengan ilmuMU

Dengan namaMU yang MAHA Pemurah lagi MAHA Penyayang, kerana dengan namaMu dapat kami bernafas, dengan usaha nabi dapat kami merasai nikmat islam dan iman.
alhamdulillah cuti sem datang lagi tapi kali ini sudah tinggal lagi 2 sem habis 3 tahun di dq.

imtihan yang baru saja kami lalui bersama, ADALAH mehnah yang bakal menghasilkan keputusan yang mendebarkan .

Terselak ayat ini masa i'adah,
maksudnya :

"Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta) ditambahkan dengan tujuh lautan (lagi) setelah keringnya, niscaya tidak akan habis-habisannya dituliskan kalimat-kalimat Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana "
                                                                             [ al-Luqman , 31: 27 ]

 tiba-tiba hatiku bertanya :

bagaimana adabku menerima ilmuMU? 
bagaimana niatku ketika meraih ilmuMU?


lalu hatiku berkata ;

 jika adabku untuk memperoleh ilmu dari PEMBERI ilmu tak mampu disempurna, apatah lagi yang LAIN,
jika ada dalam niatku setelah menyampai ilmuMU untuk mempertunjuk kehebatanku berkata-kata BUKAN kehebatan ilmuMU.

 aku sungguh BIMBANG..jika ini menjadi hijab aku merasa nikmat mencintaiMU dan dicintaiMU
                                Astaghfirullah, ampunkan KAMI..

ILMU itu cahaya, dan tidak akan memberi petunjuk kepada yang 'asi ( pembuat maksiat) 
- Imam al-Ghazali-

AKUKAH itu..???

(jawapan itu HANYA aku dan DIA yang tahu) 
..walallahu'alam..



Saturday, February 5, 2011

RABB yusahhil

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillah dapat jugak update blog setelah berabad lama rasanya bersawang.

Bermulanya episod BARU di tempat yang LAMA, bersama dengan MEREKA yang sama ..
membuatkan diri ini bermain dengan 1001 rasa, tak mampu untuk ditafsir dengan kata-kata. hanya permata jiwa yang menjadi teman setia.

apapun yang berlaku, pesannya sebelum pergi..
" ini bukan sekadar persatuan, ini medan menTARBIAH diri + insan sekeliling"

..dalam sujud doaku menyebut,agar kisah ini akan surut bila ombaknya bertemu ribut..

+RABB YUSAHHIL+

~aku tak sempurna tanpaMu~

Wednesday, September 8, 2010

alumni RAMADHAN

Alhamdulillah dapat jugak update blog, lama sangat tinggal. bukan tak tau nak update apa, tapi entahla sibuk kot.
( A : kesibukan kita berdasarkan agenda kita, jika kerana dakwah dan islah insyaAllah Allah bersama )

hari ini hari terakhir ramadhan, macam tak percaya . sekejap je masa berjalan. ye la mana tak nya sekarang fatrah imtihan. sibuk urus itu ini, nak i'adah lagi .macam-macam lagi.

selama hampir 30 hari berada di MADRASAH RAMADHAN, diri ada berubah pape tak ? ke sama je? (tiba-tiba teringat diri sendiri macam mana pulak ni )

makin gemuk sebab melantak sakan masa buka,sampai tinggal tarawikh?
duit banyak habis beli juadah berbuka?
banyak tidur sebab badan penat tak cukup tenaga?
hati resah tengok jam bila nak buka ni ?
malas nak sahur?ngantok!(sahur yang membezakan puasa kita dengan agama lain)
GEMBIRA tunggu nak raya? sebab tak puasa dah?

ATAU

makin sihat dan bertenaga sebab puasa menyahkan toksik dari badan?
tak sampai hati nak tinggalkan QIAM? masjid apatah lagi kan?
tabung dah penuh sebab kurang membazir kat bazar?
hati gembira tunggu saat berbuka? (gembira bertemu Allah)
rasa tak seronok dah bila tak dapat solat jemaah sama-sama? lagi2 subuh
SEDIH bila menghitung hari ramadhan akan PERGI?

ada ke semua macam tu..?
dari baik ke lagi baik ye? atau dari tak baik ke lagi tak baik? wallahu'alam


SEPATUTNYA,Ramadhan adalah medan untuk mempersiapkan diri mencari bekalan untuk meneruskan lagi perjalanan yang akan datang.tapi kesian,bagi mereka yang SIA-SIAKAN peluang itu macam tu je.

MEMANG tak dapat dinafikan, nak berubah ke arah yang lagi BAIK, sangat susah.
kalau tak boleh nak berubah, MAKNANYA, azam tu tak kuat lagi, tekad tu mungkin belum kukuh. semuanya mengambil masa. analoginya mudah. pernah tanam pokok kan? kalau hari ini tanam, letak biji benih durian, siram dan letak baja sekali je lepas tu esok dah tumbuh dan boleh siap jual lagi ke ?
pastinya TIDAK !
macam tu jugak perubahan, ia sangat mengambil masa, TAPI itu bukan alasan untuk tidak berubah.orang gagal suka mencari alasan.

tapi cuba kita faham analogi lagi 1 ni. mudah jugak. antara waktu nak berlepas, kat udara atau mendarat .. mana yang paling banyak menggunakan TENAGA?
cepat teka!
kat udara ? silap tu. jawapannya masa nak mendarat. masa nak berlepas paling banyak guna tenaga.macam pelik kan tapi memang betul.
masa mula-mula tu je yang susah dan PERLUkan banyak tenaga untuk berlepas tapi lepas tu senang dah.

CUBA kaitkan dengan perubahan tadi. masa mula- mula kita nak berubah memang susah+payah+perit+sakit tapi lepas tu, semua jadi mudah. biarla sakit + perit sikit untuk dapat rasai KEsenangAN yang banyak di kemudian HARI. saat kita BERUBAH,kita bukan berjaya pada DIRI je tapi juga berJAYA KALAHkan NAFSU dalam diri. sememangnya nafsu memang mengajak kepada KEJAHATAN.

++ dan aku tidak menyatakan dirku terlepas dari kesalahan kerana sesungguhnya nafsu itu memang mendorong ke arah kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha pengampun dan Maha Penyayang+++
[surah Yusuf ayat 53]
(syaitan kan diikat masa ramadhan)

" kebaikan itu dibungkus oleh hal-hal yang tidak DISUKAI "



sesunguhnya, Ramadhan itu akan silih berganti. akan datang lagi CUMA kita saja yang tak tahu. adakah kita dapat menJALANI + meLALUI + meNIKMATI Ramadhan yang akan datang lagi..? ber.DOA.lah kita masih diberi peluang untuk berada lagi pada Ramadhan akan datang.amiin

Tuesday, June 29, 2010

perkhabaran dari sana

dengan namaMU yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, diri ini masih diberi kesempatan untuk merasai nikmatMu..

"kita dapat UMS Sabah, sabtu depan pegi sane"
... Sorry,kita sibuk kna selesaikan byk bnde sblm pegi sane"

"awak, nanti kita nak pegi kuantan dah, sambung kat sane.."

" tahun depan kot kalau result ok pegi ireland.."

dalam masa terdekat ni banyak perkhabaran dari dia yang ku terima, ramai yang akan pergi jauh..<>

" harapku cuma satu, sejauh mana pun kita, jangan biar kita sekali menjauh.. tak kira la pada siape, pada Pencipta, mak dan ayah, keluarga, kawan dan sesiape saje"

++jadilah seperti IKAN, walaupun air laut MASIN tapi isinya tetap TAWAR!++


ya Allah, jagalah HATIKU dan HATINYA, PELIHARALAH kami hingga ke akhirnya..

Monday, June 28, 2010

belon itu DAH PECAH ke?

dengan namaMU yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

alhamdulillah.. akhirnya dapat lagi ku menjejakkan kaki ke istana bahgia. 3 bulan tak balik rumah.. dulu kesah SANGAT kalau tak balik, balik lambat ke.. rasa nak protes je.. tapi sekarang insyaAllah dah KEBAL kot..

" ye, saya perlukan MASA untuk jadi KEBAL!"

banyak sangat pelajaran dan pengajaran yang diperoleh..

tapi ada 1 yang sangat terkesan sampai ke hari ini..

pada suatu petang di surau, dalam tazkirah asar.

mc : knape smua diam je, tgk2,pndang2 je ni.. kalau mcm ni tak start..

setelah bmula tazkirah yang agak rancak, tiba-tiba seorang adik junior baru msauk bulan mei lepas..

" saya nak buat analogi pasal BELON."

pertanyaan dia kepada smua ahli tazkirah:


" Apa yang kita PERLU buat untuk bagi belon yang penat kita tiup TAK PECAH?"


macam -macam jawapan kita dengar:

" letak dalam air la, <> "

" tutup yang berlubang, <> "

tak ingat dah yang lain..


tiba-tiba ada sorang cakap

" kita buat lubang kat belon tu"

adik tu cakap betul! nanti, nak tahu PENJELASAN dari dia dulu sebelum SAHKAN sesuatu..


saya analogikan BELON tu macam KITA,, cuba terima sikit-sikit la

tapi apa kaitannya belon dengan diri kita?? pening


penjelasan dia :

[[ bayangkan kita yang PENAT LELAH mencari, mendapat, menerima ILMU..
PASTI penuh ILMU di dada
<< praktikal tak tahu lagi mcm ne, teori mungkin kita yang terbaik>>


TAPI


macam mana kita nak pastikan yang diri TAK PECAH? << BUKAN mcm BELON la
tapi TAK BERGUNA, TAK DAPAT DIGUNAKAN untuk KEPENTINGAN
bersama! TAK DA GUNA LANGUNG!

~SIA-SIA ada ilmu banyak tapi tak BERGUNA!~

mafhum hadith :
" SEBAIK- BAIK manusia ialah yang MEMBERI MANFAAT ." [ kita macam mane pulak ye ]
..entah. tepuk dada TANYA IMAN..

ADAKAH ilmu yang KITA peroleh hanya untuk diri sendiri ??????
TAK MAMPU?
TAK MAHU?
ATAU TAK TAHU?
bagaimana nak di gunakan kita jawabla sendiri ...


mafhum hadith :

'apabila mati anak adam , maka ada 3 AMALAN yang TAK PUTUS daripadanya iaitu :

1. ILMU yang BERMANFAAT.
2. DOA nak yang SOLEH.
3. AMAL jariah.
==maka beruntunglah mereka , kita bagaimana?? wallahu'alam.

*** moga tangan yang menulis lebih dekat dari telinga ynag mendengar ***



Saturday, February 13, 2010

tanpamu AIN

alhamdulillah..akhirnya dapat juga update blog ..setelah sekian lama berpulun memegang kalamMU..


seketika sibuk dalam pengajian, banyak yang dipelajari, difahami, dihayati dan terus tersemat dalam hati..

pertemuan dan perkenalan dengan DIA buat diri ni LEBIH menghargai.. benar-benar menghargai! ALHAMDULILLAH..!INSYAALLAH!

Walau hanya suaraku yang mampu DIA kenal dan dengar tanpa mengenal rupa dan wajahku, tapi ku kagum dengan KEIMANAN, KESABARAN DAN KEKUATAN yang DIA peroleh!

DIA punya DUA MATA tapi tak mampu melihat tapi mampu MENGHAFAL KALAMMU sama seperti mereka yang lain yang PUNYA DUA MATA! SUBHANALLAH.

Saban hari kumelihat DIA teguh berjalan sendiri tanpa bantuan sesiapa!Makan sendiri, ke surau sendiri, ke kelas sendiri..semuanya sendiri!

TERFIKIRKU SEJENAK..


SETEGUH ITUKAH AKU JIKA SEPERTI DIA..??
PUNYA DUA MATA TAPI TIDAK MAMPU MELIHAT..
SEKUAT DIAKAH UNTUK AKU MENERUSKAN hari mendatang??
ALLAHUA'ALAM..tak mampu dijawab soalan tu..

tanpamu AINANI..
Ku tak mampu menatap wajah IBU BAPAku..[hanya mampu merasai kehangatan kasih
sayang mereka,subhanALLAH]
ku tak kenal hijau pohonMU..
Ku tak kenal biru langitMU..
ku tak kenal erti terang..
Ku tak bisa lihat wajah-wajah mereka yang kusayangi..
ku tak mampu melihat segala yang lain dapat lihat..

MUNGKIN bagiku dunia GELAP GELITA!

denganmu AINANI..
ALHAMDULILLAH.. Aku mampu melihat semuanya..! besarnya nikmat yang KAU berikan..
nikmat percuma yang sering ku lupa dan alpa!


[[ dan ingatlah ketika TUHANmu memaklumkan, " sesunguhnya jika kamu bersyukur, nescaya AKU akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatKU maka pasti AZABKU sangat berat." ]]
(surah Ibrahim :ayat 7)

MOGA TANGAN YANG MENULIS LEBIH DEKAT DARI MATA YNAG MELIHAT..
ALLAHU'ALAM.

Monday, October 12, 2009

saat hatimu BERDOA

DOA = satu amalan yang mempunyai hubungan yang sangat langsung dengan sejauh mana tahap kemurnian dan keyakinan seseorang. Allah sendiri memerintahkan kita berdoa


"maksudnya : BERDOALAH kepadaku, DAKU akan perkenankan bagimu"
(surah ghafir, 40: 60 )

kita semua faham bahawa Allah menjadikan jin dan manusia untuk beribadat kepada Allah (dengan mulut atau hati faham? entahla)


" dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku "
(surah zariyat, 51 : 56 )


" doa itu otaknya ibadah "
(riwayat al-tirmizi )


begitulah peri pentingya DOA dalam kehidupan kita sebagai hamba ( hamba pada nama, hati ? )

+ hanya orang mempunyai iman dan keyakinan yang sempurna kepada Allah sahaja yang akan dapat benar-benar berdoa pada tahap ynag dikehendaki Allah+


++semakin sempurna iman dan keyakinan seseorang, semakin sempurnalah amalan doanya. semakin seseorang itu mencapai keyakian bahawa hanya Allah sahaja yang mampu memberi mudarat dan manfaat, semakin murnilah doanya++


kita perlu bawa keyakinan yang betul kepada Allah.
kita mesti kenal betapa agung dan besarnya Allah.


KUN FA YAKUN ( ALLAH MENGHENDAKKAN JADI, MAKA JADILAH IA )
tiada perkara yang tejadi melainkan dengan izin dan kehendak Allah. Apa yang Allah kehendak terjadi sahaja, maka itulah yang akan terjadi, tidak mungkin sama sekali, bahawa ada perkara yang boleh terjadi tanpa kehendak dan izin Allah.


ALLAHlah " Khaliq ( pencipta ) dan DIALAH " Maalik " (penguasaan pemilik ) atas segala ciptaanNYA. tidak ada 1 ciptaan pun yang boleh melepaskan diri dari kudrat dan iradat Allah. Hatta, untuk menyesatkan manusia sekalipun, iblis laknatullah memohon keizinan kepada Allah terlebih dahulu.

daripada ciptaan Allah, seperti syurga dan neraka,sehinggalah butir- butir pasir di pantai segalanya khazanah dari Allah.

" wahai manusia, kamu semua faqir, ( memerlukan ) kepada Allah, dan Allahlah yang Maha Kaya dan Maha Terpuji !
(surah fatir ,35 : 15)


dalam 1 hadith qudsi dari Abu Zar r.a , Rasulullah menceritakan bahawa Allah :

" wahai hambaku, jika yang terawal antara kamu, hinggalah yang terakhirnya, baik dalam manusia ataupun golongan jin daripada kamu, semuanya berhimupun di atas satu lapangan, dan setiap kamu memohon hajat kamu masing-masing, dan Aku tunaikan pula hajat setiap seorang daripada kamu, maka tidaklah berkurang daripada apa yang ada di sisiKu melainkan sepertimana jarum apabila dimasukkan ke dalam lautan !"




semakin keyakinan ini wujud dalam hati kita, jelas pada pada pandangan basirah kita, dan jernih dalam fahaman aqal kita, barulah kita akan BENAR-BENAR DAPAT BERDOA KEPADA ALLAH DENGAN SEBENAR-BENAR DOA, jika tidak, kita hanya "MEMBACA" DOA DAN BUKANNYA BENAR-BENAR BERDOA!

Wednesday, September 23, 2009

TAKUT mati atau INGAT mati

" setiap yang BERNYAWA akan merasai MATI. dan pada hari kiamat sajalah dIberikan dengan sempurna balasanmu. barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh KEMENANGAN. KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA "- Ali Imran ; 185-




*di sebuah hospital di dalam bilik rawatan...*


doktor : berita baik ! sakit barah paru-paru awak telah sembuh!

doktor : usaha awak berhenti merokok nampaknya berkesan. Eloklah awak berhenti terus.

doktor : Namun biar saya berterus -terang... barah awak tu sebenarnya saya ada-adakan..

doktor : Tujuan saya sebenarnya mahu awak takut untuk terus merokok

PESAKIT : HUH! jadi saya ni sebenarnya tak kena barah pun doktor ?

DOKTOR : kamu TAKUT MATI rupanya, bukan INGAT MATI....




** hati yang sentiasa INGAT MATI akan selalu HIDUP**

Wednesday, July 8, 2009

siapa KITA??

Peringatan buat diriku yang sering lupa........
Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini
hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar..
apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah.
Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.
Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada
jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa
bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!!

Adakah kita benar-benar seorang Islam????
Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?
Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.

Adakah kita yakin kita seorang Islam???



Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik
sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana
menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih
leka di buai perasaan...

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah????.

Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah.. .

Siapa diri kita sebenarnya!! !! Firaun???

Tentu tidak.. !!!

jadi, siapa kita sebenarnya??
wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!

Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????

Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia...
Mengapa kita masih mendedahkan aurat??..
Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.??


Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita
menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal
menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus
mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat
Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.

Ketahuilah.. . sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa.
Dosa!!!


Kita tidak takut dosa.

Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???
Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????

Siapakah kita menjelang hari kematian?


Adakah kita seorang Islam??

Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut??

Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar??

Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat?

Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?

Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?

Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum
seperti yang kita minum sekarang?

Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?

Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ...

kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?

Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela
kita di hari akhirat?

Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?

Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat
kesihatan?

SIAPA KITA????


Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina..
betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.
Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh
sakaratul maut.

Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu
rahmatnya.


Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......! !!!

Siapa kita....????



Wallahu'alam :
ibu utama
A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud :
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP.
3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR

B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.

C) Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang yang tidak melakukan solat pada :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran:

Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.

Friday, July 3, 2009

DIAM!

Biarkanlah Hati Ini Yg Berbicara....!

Sejenak biarkanlah hati ini yang berbicara. Tutup rapat mulut kita.
Hentikan segala kata yang terlalu banyak mengeluarkan sangkalan dan alasan yang sebahagian besar bukanlah kesungguhan. Hanya alasan yang memberi pernyataan legalitas atas kesalahan, kealpaan dan kelalaian yang telah dilakukan. Mulut yang terlalu sering berkata tanpa rasa, senang membicarakan aib orang lain, sehingga aib diri terlupakan. Terlalu sering bercanda, dan tak bermakna. Jarang tilawah dan basah kerana dzikir kepada-Nya.
Hingga hilang kata-kata hikmah itu dari mulut kita.

Sejenak, berikan kesempatan hati ini yang mendengar untuk menyatakan apakah yang kita lakukan adalah suatu keridhaan-Nya atau hanya keinginan-??keinginan yang diselimuti nafsu tersamarkan. Jauhkan telinga kita dari suara-suara yang akan mempengaruhi keternyataan hati nurani dan fikiran.
Suara yang membisikkan berbagai tawaran kesenangan yang akan melenakan hati dan menjauhkan diri dari rasa rindu
untuk mendengarkan lantunan ayat-ayat suci yang diperdengarkan.

Biarkan hati ini menyatakan rasa
kenapa ia tak lagi merasa tenteram?

Mungkin telinga ini yang sudah jarang mendengarkan lantunan ayat-ayat suci, dan terlalu sering dan hobi mendengar lagu-lagu yang melenakan, atau? Mendengar aib sudah menjadi kebiasaan?

Sejenak, lihatlah ke dalam lubuk hatimu yang terdalam. Mungkin mata ini yang terlalu sering melihat kejelekkan orang lain, sehingga bejatnya diri tak lagi nampak dan terlupakan. Mata ini sudah jenuh dengan beribu, bahkan mungkin tak terhitung lagi, maksiat yang telah diperbuat.

Renungkan atas apa yang telah tubuh ini kerjakan.
Tangan ini? Sudahkan ia mampu meringankan beban orang lain. Kaki ini, mungkin lebih sering melangkah pada jalan yang tak diridhai-Nya. Otak kita yang kita anggap sangat brilian, berapa banyak yang digunakan untuk memikirkan kemajuan Islam, dakwah dan kemaslahatan ummat? Tidak hanya memikirkan hal duniawi dan masa depan diri sendiri. Egoisme untuk mencapai keinginan dan cita-cita masa depan mengalahkan cita-cita dakwah untuk mencapai kejayaan Islam.

Diam, biarkan hati ini berbicara dengan Rabbnya. Singkirkan fikiran duniawi dan bermunajatlah. Istirehatkan ragamu, dari berbagai aktiviti yang menyita dan menguras tenagamu, memaksamu untuk terus bergerak.
Tapi, untuk sejenak, diamlah.

Pasrahkan seluruh jiwa dan ragamu hanya kepada-Nya. Sujudlah, biarkan air mata membasahi keringnya hatimu, membasuh raga yang penuh dosa. Suatu bentuk pengakuan dosa dan kepasrahan hamba.

Renungkanlah! Tutuplah mata, biarkan hatimu yang menatap. Nurani akan melihat sesuatu dari sudut pandang kebenaran hakiki, tuntunan Illahi. Jagalah hati ini, supaya ia tetap bisa melihat kebenaran di rimbun kemunafikkan agar diri ini mampu melawan segala bentuk ketidakadilan, agar mulut ini mampu berkata kebenaran, agar raga mampu menumpas kezaliman, sampai nyawa meninggalkan raga?

hati itu..

{dah lama tak coret sesuatu..rasa macam lain je..}


Alangkah susahnya mendidik hati, sedangkan ia adalah pandangan Tuhan, menjadi wadah rebutan malaikat dan syaitan. Alangkah susahnya mendidik hati, bila dipuji sombong menghiasi diri, bila diuji pencaci dibenci sehingga berdendam sampai mati, bila nafsu melingkari rasa seperti perbuatan diredhai.. Didiklah hati menuju kebenaran demi mencari redha Ilahi..."

"Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa merek"

++sudah lebih 2 bulan kaki ini menjejak di DQ..tapi hati ini masih belum sepenuhnya memahami waqi' dan biah di sana..susah untuk ditafsir, payah untuk diungkap..hanya mereka yang mengerti.

hari ini cuti midsem dah mula.. seronok memangla seronok dapat bersama mereka tapi bila terbayang mehnah di rumah yang bakal dilalui..rasa risau tu tak tahu nak cakap..++

**I'ADAH?Ya Allah..mudahnya hambaMu lalai untuk menjaga kalamMu.
Cari MODAL? ya Allah..mudahnya ia pergi semudah ia datang**

Ya Allah..hinanya terasa saat mentadabbur ayat-ayat cintaMu..
tapi Kau tak pernah lupakanku..sentiasa mendengar rintihan hati ini..melimpahkan nikmatMU yang tak terkira..
tapi
sejauh mana HATI ini mensyukurinya..??
sedalam mana HAti ini dipenuhi oleh cinta kepadaMu..??
sekuat mana HATI teguh menegakkan syariatMu..??
serendah mana HATI ini mendamba kepadaNya..??

renungan bersama "orang2 yang telah mengenal ALLAH,,tidak mengizinkan HATI mereka untuk memikirkan apa pun selainNYA"-imam Hassan al Banna-

Thursday, April 30, 2009

DQ oh DQ!

INSYAALLAH LUSA , sabtu ni ku akan pergi ke DQ, kuala kubu bharu..3 TAHUN!(LPS TU kalau ALLAH izinkan nak BINA MASJID dulu sebelum ku ingin menjejakkan kaki ke JORDAN, insyaAllah)
em,, ni memang cita2ku..menjadi HAMALATUL QURAN..

[[sedih di hati saat2 terakhir dgnmu~]]
#yang tinggal antara kita, hanYAlah KENANGAN#
jadi, doakan ynag terbaik untukku di sana.. moga kalian ketemu yang dicari~)


++ tak semua yang diimpikan akan jadi kenyataan, tapi banyak yang kita tak duga seringkali berlaku dgn tiba2..tak mengapa menangis hari ni krn kesakitan semalam..tapi jgn berterusan ketawa dgn kemenangan yg tak pasti selamanya,carilah hikmah dalam ujian ALLAH..++

<>
~~ segala yang KITA MAHU bukan semua yang KITA PERLU~~

salam KEMAAFAN dariku..
UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA~~

Tuesday, April 28, 2009

selamat tinggal ...teman!

teman...
entah mengapa di kala ini
hatiku bagai diusik-usik
kenangan silam
di antara kita derai tawa
dan titis air mata
bagai bersatu

mengungkap sejuta rasa hitam putih
bagai mewarnai jalinan
sebuah persahabatan

teman..
suatu ketika kita terpisah
masing-masing mencari
erti sebuah kehidupan
bagai berjalan di lautan
bukan lari dari gelombang
tetapi belajar menghadapi rintangan

teman..
andainya takdir menentukan
antara kita sebuah perpisahan
ku pasti kita kan tabah menghadapi
dugaan ini...

Friday, April 24, 2009

Lembaran hidup WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti SITI KHADIJAH?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah,
Hartanya di perjuangkan ke jalan fisabilillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama..
Dapatkah ku didik jiwa seperti AISHAH?
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan..
Terharu jiwaku,
Melihat pengorbanan puteri solehah SITI FATIMAH,
Akur dalam setiap perintah,
Taat dengan abuya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..
Ketika ku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Dari catatan hidup SITI SARAH..
Tabah jiwaku setabah umi nabi ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapanya hanya pada Allah,
Itulah wanita SITI HAJAR..
Mampukah aku menjadi wanita solehah?\
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah harum tersebar,
Bagai wanginya pusara MASYITAH..

HAIRAN SI MALAIKAT MAUT!

Langit malam ini cerah. Butiran
bintang yang menghiasi dada langit
berkelip-kelipan. Purnama menghiasi
malam kelihatan dipagari bintang
menerangi langit dengan sedikit cahaya
pantulan dari sang matahari. Sungguh
indah bulan kata sang pujangga, tetapi
apabila angkasawan memijak bulan
dilihatnya keadaan bulan itu maka
terdetik dihatinya alangkah indahnya
bumi itu. Bumi ciptaan Zat yang Maha
kuasa.

Itulah manusia tidak pernah menghargai
apa yang dimiliki jauh sekali
mensyukuri kenikmatan yang dirasai,
sukar menadah tangan tanda mensyukuri.
Tidak reti merebut peluang menghargai
setiap detik denyutan nadi yang masih
ada. Seperti malam ini, kebanyakkan
penghuni dunia sedang lena dalam
kepenatan, berdengkur dalam kelalaian.
Mereka terlupa untuk menghayati
sekaligus menyelami keindahan malam
kurniaan ALLAH ini. Lupa mencari
ketenangan dimalam hari, memohon
keampunan menyesali dosa-dosa yang
lalu. Malam yang indah berlalu begitu
sahaja tanpa adanya alunan zikir untuk
tuhannya, tiada kemerduan bacaan ayat-
ayat Al-Quran bagi menenangkan jiwa,
tanpa kedengaran suara rintihan insan
menginsafi perbuatannya yang ada cuma
mereka-mereka yang rakus memenuhi
nafsu tidurnya leka mematuhi nafsu
syahwatnya. Malam yang syahdu mula
merangkak kesubuh. Suara pungguk
semakin suram apabila bulan mula
menghilangkan dirinya. Nampaknya malam
ini tidak kutemui mereka yang menghiasi
malamnya dengan indah. Tiada yang
merebut segala kemewahan dan
kenikmatan yang ALLAH janjikan buat
mereka di malam ini.


Kesiangan menyapa. Suara kokokan ayam
seolah-olah menyambut kehadiran siang.
Mengejutkan manusia akan kewajipan
menunaikan tanggungjawab kepada yang
Hak. Ada yang bangun dengan
semangatnya, ada yang masih leka
dengan selimutnya sehingga terlupa
menunaikan kewajipan. Kelihatan
makhluk yang dilaknat ALLAH sedang
membisikkan kenikmatan tidur ditelinga-
telinga mereka. Membelit badan mereka
dengan selimut kemalasan. Ada yang
berjaya mengatasinya ada yang terus
hanyut. Seketika kemudian bertebaran
mereka ke serata alam mencari rezeki,
mengumpul harta, membina kemahsyuran,
meluaskan empayar. Masing-masing ingin
menjadi kaya walau seringkali membina
kejayaan, kekayaan dan kebahagian
diatas keruntuhan insan lain. Mereka
tidak peduli janji hati mereka puas.
Mereka kurang simpati, mereka kurang
bersifat insaniah tetapi lebih kepada
materialistic, individualisme dan
kebinatangan. Namun masih ada
dikalangan mereka yang bersifat
insaniah walaupun bilangannya boleh
dikira. Dan kerana mereka-mereka
inilah maka ALLAH melambatkan azab
diatas muka bumi ini. Masih
mengurniakan nikmat, serta menurunkan
hujan buat penghuni bumi agar
kehidupannya tumbuh subur walau
sedikit demi sedikit dunia ini
menganjak kelembah hancuran meniti
lembah kebinasaan mengharungi detik
tuanya.

Hartaku hartamu jua, tapi hartaku
milikku sahaja. Hak mutlak diriku!.
Khazanah mula mengaburi mata, sampai
sanggup merampas hak milik insan lain.
Meragut beg-beg kepunyaan orang lain
menjadikannya harta sendiri! Jeritan
pekikan mangsanya tidak langsung
mengundang belas dihati peragut tetapi
bagaikan alunan suara yang menhibur
serta mengembirakan. Kejayaan harus
dirai walaupun kadangkala ada nyawa
yang terkorban. Siapa peduli! Yang
pasti entah kemana hilangnya sifat
kemanusian, sikap tanggungjawab itu?
Sifat insaniah yang seharusnya ada
dalam setiap diri insan.

Aku melebarkan sayapku keufuk timur
dan barat. Utara serta selatan. Sama-
sama memeriahkan majlis ilmu,
mendoakan kebahagian untuk mereka-
mereka yang menghadirinya. Kelihatan
seorang alim sedang memberi
peringatan. Yang pasti hanya sedikit
sahaja yang menghayatinya. Wajah-wajah
uzur tekun menangkap bait-bait kata
yang keluar dari mulut si alim. Sekali
kelihatan mereka mengagguk-anggukkan
kepala tanda mengerti akan apa yang
disampaikan. Ada juga yang tersengguk
namun ada tangan yang menyedarkan.
Sedikit sekali orang muda
menghadirinya. Persoalannya kemana
perginya anak-anak muda dizaman ini?

Keriuhan diufuk sana menarik
perhatianku. Disini kulihat beratus-
ratus anak muda sedang berhimpun.
Mungkin ada majlis ilmu yang boleh
kuturuti bersama. Nanti bolehlah aku
melebarkan sayapku keufuk timur dan
barat serta berdoa kepada tuhanku
untuk mereka. Semakin kedekati semakin
kurasakan kesempitan. Ketidakselesaan
menguasai diri. Rupanya mereka sedang
terpekik, terlalak, menari, bergurau
senda sesama mereka. Leka mendengar
alunan suara dan sang penyanyi diatas
pentas. Entah konsert apa yang dibuat
sehingga menarik perhatian golongan-
golangan muda.termasuk segelintir
golongan tua yang berjiwa muda? Aku
tak bisa bersama-sama mereka dan aku
semakin jauh dari mereka. Dicelah-
celah mereka mereka aku lihat makhluk-
mahkluk yang dilaknat ALLAH terus
membisikkan keseronokkan, menabur
serbuk kelalaian pada mereka agar
mereka semua terus hanyut dan
bergembira dalam kefanaan, menari
dalam kebinasaan.


Aku terdengar suara esakan tangisan.
Bukan dari seorang dua tapi ramai.
Adakah itu suara manusia yang mengalir
air mata kerana takut pada tuhannya?
Air mata kesyukuran atau air mata
keinsafan yang dialirkan. Aku
mendekati mereka kelihatan anak-anak
muda sedang menangis tapi ada jua yang
melonjak kegembiraan. Mencipta
Nama perkataan yang menghiasi
belakang pentas. Kelihatan tiga panel
sedang membuat penilaian keatas
seseorang. Hairan apa yang mereka
lakukan. Tiga orang menilai seseorang.
Nampak kelemahan yang nyata mahkluk
yang bernama manusia. Tuhanku bisa
menilai seluruh manusia didalam dunia
ini dalam masa yang singkat.
Bukan
sahaja manusia malahan sekelian alam.
Segala yang dilangit dan dibumi
dibawah penguasaanNya didalam
pemerhatianNya. Dan sebagai mahkluknya
yang bersyukur tidak sesaatpun aku
lupa untuk memujinya. Setiap detik aku
mengalunkan zikir sambil menjalankan
tugasku sebagai hambaNya. Memerhati
gelagat mereka yang dipanggil manusia.

Hairan kenapa mereka berlumba-lumba
menempah tiket ke neraka?
Adakah
mereka terlupa akan kewujudan syurga.
Lupa kenikmatan yang dijanjikan oleh
tuhan mereka andai mereka akur akan
perintahNya! Butakah mata hati mereka
mengejar cita-cita yang bisa
memasukkan mereka kelembah kefanaan,
membawa mereka mendekati rezeki haram.

Bangga sangatkah kalau dinobatkan
sebagai idola. Menjual suara
dikhalayak ramai, melekakan insan yang
rapuh imannya melanggari waktu
sepatutnya mereka mengabdikan diri
pada pencipta.

Erm..tangisan tersebut tidak
seharusnya mendiami perasaan mereka!
Untuk apa tangisan itu? Untuk siapa
tangisan itu? Sepatutnya mereka
bersyukur bukannya mengalirkan air
mata kekecewaan. Allah menutup peluang
mereka agar mereka tidak lebih
berdosa. Supaya mereka tidak hanyut
dibawa arus. Supaya mereka sedar dan
tidak kemaruk ingin menjadi ternama
didunia tercicir diakhirat. Kadangkala
hairan melihat manusia mengejar
sesuatu yang tidak mendatangkan faedah
kepada diri mereka. Kenapa perlunya
hiburan semacam itu yang merosakkan
minda dan jiwa. Mana bisa diberi
santapan pada rohani tapi mungkin
sangat sesuai untuk santapan nafsu.

Mereka tergelak, melompat seperti
katak, terlalu gembira bila dipilih.
Gembira tidak terperi. Sedangkan
mereka sedang menghampiri diri mereka
kepada bunga-bunga maksiat. Perempuan
adalah mahkluk yang tersorok serta
istimewa dan apabila timbul keinginan
untuk dikenali, timbul impian untuk
ternama, menyalut pakaian yang tidak
sepatutnya disarungkan, memperlihat
akan apa yang seharusnya
disembunyikan, menumpang bahu orang
yang bukan muhrim untuk melegakan
perasaan bukankah itu antara perbuatan
yang mengundang dosa, mengamit
kebencian ALLAH. Bukankah seharusnya
ia dielakkan. Kemana perginya suara-
suara insan yang inginkan islam
dimartabatkan. Kemana hilangnya kuasa-
kuasa yang bisa suaranya didengar?
Adakah mereka tidak mempelajari serta
mengambil iktibar dari kisah didalam
al-quran yang suci itu.

entahlah.

Adakah mereka tidak tahu berfikir?
Sedangkan mereka adalah sebaik-baik
kejadian. Diberi akal untuk
memperhalusi nafsu.
Akal untuk
mengimbangi nafsu. Adakah mereka tidak
tahu berfikir atau tidak mahu
berfikir?
.Sebaik-baik kejadian,
semulia-mulia makhluk tapi yang pasti
ia tidak menjanjikan sebaik-baik
akhlak andai diri tak berusaha untuk
memperbaikinya. Bukankah Allah telah
mengingatkan yang kesenangan didunia
ini adalah kesenangan yang menipu!
Apakah mereka tidak membaca kitab suci
itu? Hanya diletakkan sebagai
perhiasan mrnghiasi rumah maka siapa
yang akan membacakannya, siapa yang
bisa mengalunkannya, siapa yang bisa
mengingatkannya andai tidak dibaca,
tidak diselami, tidak dikuasai.
.kreatifkah yang harus
dilabelkan pada mereka-mereka yang
menjadikan Al-Quran sebagai perhiasan?

Menanggis pada yang bukan hak, gembira
tidak bertempat, melalak tak kira
tempat. Entahlah kenapa mereka
dijadikah khalifah dimuka bumi ini
sedangkan ditangan merekalah bumi ini
hancur, pertumpahan darah berlaku,
manusia ditawan dan disembelih,
perebutan kuasa berlaku dimana-mana.
Inikah cirri-ciri sebagai Khalifah
yang ada pada mereka?
Sedangkan
penciptaan mereka menyebabkan Azazil
menjadi syaitan yang dilaknat Allah
tatkala enggan bersujud pada nabi Adam
a.s yang tercipta dari gumpalan tanah
yang busuk. Dari air mani yang kotor
andai jatuh ditanah ayam tak patuk
itik tak sudu. Namun yang pasti hanya
Allah swt sahaja yang mengetahui akan
kejadian manusia sebagai khalifah
dimuka bumi ini.
Dan Allah jualah yang mengetahui
rahsia langit dan bumi dan
kepadaNyalah dikembalikan segala
urusan.
Oleh itu sembahlah akan Dia
serta berserahlah kepadaNya. Dan
ingatlah Tuhanmu tidak sekali-kali
lalai akan apa yang kamu lakukan.


Surah yunus ayat 55; Ingatlah
sesungguhnya segala yang ada dilangit
dan dibumi adalah kepunyaan Allah.
Awaslah! Sesungguhnya janji Allah itu
adalah benar tetapi kebanyakkan
manusia tidak mengetahui. Maka
sesungguhnya Allah sahaja yang
mengetahui disebalik hikmahnya
penciptaan manusia sebagai khalifah
dimuka bumi ini.Ya Dialah yang Maha
Mengetahui, Maha Bijaksana. Andai
semua lautan digunakan untuk menulis
khalimah Allah maka keringlah lautan
itu walaupun diberikan satu lagi
lautan sebanding dengannya. Dialah
yang memiliki aras yang tertinggi lagi
mulia tapi kenapa manusia masih terus
lalai daripada mengabdikan diri padaNya.
Mensyukuri nikmatNya lantas menjadi
sebaik-baik umat. Tapi yang ada adalah
mereka-mereka yang lupa kan kewujudan
Tuhannya. Terleka dengan arus hiburan,
kemewahan, kesenangan, keasyikan
menoton tv yang seringkali juga
melalaikan manusia. ¦lalai
sungguh mereka walaupun mereka tahu
yang dunia ini semakin nyanyuk serta
bisa menyembah. Memuntahkan mereka
dengan kesakitan yang amat dahsyat.
Tidak tertanggung oleh mereka sendiri.
Sedangkan orang yang mengandung
lagikan keguguran. Yang bercanda
akhirnya bertempiaran. Yang berjanji
sumpah setia pun tak tentu arah.
Bagaikan kelkatu yang bertebangan.
Menempuh saat hari kekalutan.

Hari kematian semua makhluk dibumi
tanpa ada yang hidup walau satupun.
Walau hanya seekor lalat. Semuanya
akan mati. Semuanya kan bertaburan,
bertempiaran menyelamatkan diri tapi
usaha hanya khayalan sebab tak mahu
melawan kudrat tuhan yang menentukan.
Yang pasti segalanya diceritakan dalam
Al-Quran namun sedikit sahaja yang
ambil pengajaran. Yang lain masih
tidak kesedaran lantaran Al-Quran
hanya dibiarkan kaku menghiasi sudut
ruang.

Nauzubillah himinas syaiton nirajim.
Bismillahhirahman nirrahim. Aku
berlindung dengan Allah dari syaitan
yang direjam. Dengan nama Allah yang
maha pemurah lagi maha pengasih .
Terdengar alunan bacaan ayat-ayat suci
Al-Quran yang datangnya dari sebuah
pondok yang meniti usia. Satu persatu
ayat -ayat dari surah yusuf
dibacakan terjemahannya.

Ayat 43 ““ Sesungguhnya Allah tidak
menganiaya manusia sedikit pun akan
tetapi manusia jualah yang menganiaya
diri mereka sendiri.
Diteruskan bacaan
hingga ayat ke 57. Ayat 57- Wahai umat
manusia ! Sesungguhnya telah datang
kepada kamu Al-Quran yang menjadi
nasihat pengajaran dari Tuhan kamu,
dan yang menjadi penawar bagi penyakit-
penyakit batin yang ada di dalam dada
kamu, dan juga menjadi hidayah
petunjuk untuk keselamatan serta
membawa rahmat bagi orang yangt
beriman.

Air matanya berlinangan. Dikala
membaca tafsiran ayat 109- Dan
turutilah apa yang diwayuikan kepadamu
serta bersabarlah (dalam perjuangan
mengembangkan islam) sehingga Allah
menghukum (diantaramu dengan golongan
yang ingkar, dan memberi kepadamu
kemenangan yang telah dijanjikan),
kerana Dialah sebaik-baik hakim.
Kelihatan budak yang berusaha didalam
linkungan 10 tahun itu mengalirkan air
mata mengalunkan ayat-ayat suci Al-
Quran. Kehairanan menyapa Alangkah
bertuahnya budak ini umur setahun
jagung tapi kesedaran miliknya.
Bukankah tadi kelihatan anak muda mudi
yang sedang leka mengalun badan
seiring lagu mendengar konsert yang
menjelajah seluruh Malaysia. Bukankah
mereka lebih dewasa dari budak ini?
Betullah hidayah itu milik Allah.
Diberikan kepada yang mencarinya dan
yang ingin memilikinya.

Kemiskinan kadangkala adalah nikmat.
Tapi kadangkala ia bisa mengundang
kekufuran lantaran nasib diri
dipersoalkan lantas mencari jalan
pintas mencari kekayaan. Tapi sedarkah
mereka yang mereka adalah musafir.
Musafir yang hanya sementara menghuni
dunia. Musafir yang mencari makna
kehidupan, musafir yang mencari
bekalan untuk hari kemudian, musafir
yang mencari keagungan Tuhan juga
boleh diibaratkan sebagai pelayar yang
hanya seketika singgah sebentar
didarat lalu kembali berlayar
meneruskan perjalanan.

Erm.. kenapalah mereka tidak mahu
berfikir, kenapa asyik meminggirkan
akal dari kehidupan, meletakkan nafsu
sebagai ikutan, sering mengikut
telunjuk syaitan. Solat pula makin
dipinggirkan, masjid dibina dan dihias
indah tanpa ada yang mengimarahkan.
Sedangkan satu masa dahulu masjid
adalah tempat lahirnya ulamak-ulamak
yang terkenal lagi terbilang.
Dimanakah peranan masjid kini? Al-
Quran hanya menjadi perhiasan rumah.
Tiada yang cuba menyelami apatah lagi
mengambil pengajaran. Yang ada hanya
untuk martabatkan nyanyian. Suara
dilunakkan untuk mencipta nama. Masing-
masing berlumba-lumba menjadi
termahsyur. Tapi masyur bukan pada
agama, ternama bukan kerana ilmu,
disegani bukan kerana kealiman tapi
kerana nyanyian yang mekar dalam
kefanaa, yang menanah perlahan demi
perlahan memakan kerohanian,
merapuhkan institusi akhlak serta
menjadikan manusia lupa tuhan.
Kesedihan menyapa tatkala melihat air
mata berguguran kerana dipinggir oleh
insan yang mencari kononnya manusia
hebat dalam nyanyian. Tapi kesedihan
langsung tidak menyapa hati-hati
mereka yang buta Al-Quran.
Tak
terlintas sedikit penyesalan apabila
tidak mengenal huruf Al-Quran. Tidak
merasa kerugian dan kedengkian melihat
insan yang mengalunkan ayat Al-Quran
dengan baik. Apatah lagi menyesal
apabila tidak menjadikan bacaan ayat-
ayat suci Al-Quran sebagai amalan.
Memperhalusinya dalam amalan.

Tujuh puluh kali aku melihat mereka,
setiap kali itu juga aku diserang
kehairanan. Tatkala mereka bergembira,
bergelak ketawa, bergurau senda seolah-
olah macam besok masih ada buat
mereka. Jarang sekali aku melihat yang
bersujud dengan linangan air mata!
Tidak sedarkah mereka yang maut bakal
menyapa tak kira masa.
Meragut tatkala
mereka dalam kelekaan dan kealpaan
bagi mereka-mereka yang lalai.
Kematian itu sungguh menyakitkan saat
terpisahnya roh dari jasad apatah
mereka lupa menyediakan bekalan. Erm..
yang pasti aku ada tugas hari ini.
Mencabut satu nyawa! menanggalkannya
dari jasad. Dan yang pasti aku lihat
dia masih bergelak ketawa sedangkan
saat kematian baginya makin dekat. Aku
disapa kehairanan